Najib tinggalkan asas kukuh untuk Petronas, tetapi apa jadi selepas PRU14?

 


Berikut adalah hantaran Facebook Lim Sian See hari ini:

Petronas ditubuh pada 17 Ogos 1974 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak.

Pada 6 September 1974, Tun Abdul Razak telah mengumumkan pelantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas (Petroleum Nasional Berhad). 

Tun Razak berkata (terjemahan): "Di kalangan anak-anak muda yang berpotensi, saya telah berniat untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Kabinet. Akan tetapi saya mempunyai satu tugasan yang penting untuk beliau, iaitu satu tugasan penting yang sama seperti Menteri Kabinet. Saya telah memutuskan untuk melantik beliau sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas, yang setaraf seperti jawatan sebagai Menteri Kabinet." 

Pada tahun 1974 itu juga, sebaik sahaja menamatkan pengajian tinggi, Najib Razak memulakan kerjayanya sebagai eksekutif muda di Petronas.

Mengimbau kembali pengalaman dia, Najib kata pada masa itu syarikat multi nasional asing menjadi dominan dalam usaha carigali minyak dan gas di negara ini.

"Keadaan ini dapat dilihat lebih-lebih lagi di Miri sehingga Miri diberi gelaran bandar Shell," 

Beliau bagaimanapun berkata, pemimpin negara seperti ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak yang ketika itu menjadi perdana menteri dan lain-lain memutuskan untuk mengubahnya.

Negara telah dicapai kemerdekaan politik dan mereka kemudian memutuskan untuk memperjuangkan kemerdekaan ekonomi, katanya.

"Tugas pertama mereka ialah untuk menjadikan Shell sebagai kontraktor kepada Petronas dalam usaha carigali dan tidak lagi pemegang konsesi tunggal bagi minyak dan gas di negara ini," katanya.

Apabila Petronas ditubuhkan pada 1974, beliau berkata mereka mahu mengangkat maruah dan penghormatan kepada industri minyak dan gas negara.

Ia kemudian menjadi penjaga industri itu dan ketika tahun demi tahun berlalu syarikat minyak itu telah melakar banyak kejayaan dan kemajuan dan akhirnya muncul sebagai ikon negara seperti sekarang, katanya.

Najib berkata, negara berbangga dengan banyak pencapaian oleh Petronas baik di negara ini dan di peringkat global dan Petronas perlu dijaga dengan baik untuk mengekalkan dan meningkatkan prestasinya.

"Ia kini menjadi kebanggaan dan kegirangan negara, ikon nasional dan juga syarikat Fortune 500," katanya.

Sepanjang tempoh Najib menjadi Perdana Menteri dan menteri yang menjaga Petronas, beliau meletakkan asas kukuh untuk menjadikan Petronas sebagai pemain utama di persada dunia. Antara pencapaian utama pengembangan Petronas ketika era Najib:

- Membeli rizab gas mega di Kanada - pembelian Progress Energy, menjadikan Malaysia pelabur petroleum asing terbesar di Kanada, dengan pegangan 800,000 ekar rizab gas (53 trilion kaki padu) bernilai sekitar RM900 bilion.

- Memperluaskan operasi minyak & gas Petronas ke Iraq (Gharraf), Turkmenistan, Myanmar, Sudan Selatan, Chad dan Mauritania.

- Membangunkan RAPID di Pengerang, Johor serta berjaya membawa pulang pelaburan Arab Saudi bernilai RM30b bagi projek ini - sekali gus menjadikan Malaysia sebagai pengeksport minyak bertapis setelah sekian lama bergantung pada import.

- Membangunkan projek Sabah Ammonia Urea (SAMUR) milik Petronas Chemicals di Sipitang, Sabah - kini Malaysia menjadi antara pengeluar dan pengeksport utama baja urea serantau.

Selain itu, era Najib juga menyaksikan Petronas memantapkan jenama global melalui kerjasama strategik bersama pasukan Formula 1 Mercedes-AMG Petronas.

Dalam tempoh kerjasama itu:

- Mercedes-AMG Petronas memenangi 115 perlumbaan Grand Prix.

- Menjuarai 8 kali Kejuaraan Konstruktor berturut-turut (2014–2021).

- Memungut 7 Kejuaraan Pemandu berturut-turut (2014–2020).

- Petronas memainkan peranan penting sebagai pembekal bahan api dan pelincir eksklusif.

Hasil daripada pengembangan agresif ini, saiz aset Petronas melonjak:

- Jumlah aset Petronas naik sekitar 1.55 kali ganda: naik RM217.4 bilion, dari RM393.3 bilion (2008) ke RM610.7 bilion (Jun 2018).

- Rizab tunai turut meningkat hampir 1.95 kali ganda: naik RM84.5 bilion, dari RM89.5 bilion ke RM174 bilion dalam tempoh yang sama.

Inilah asas kukuh yang Tun Abdul Razak dan Najib tinggalkan untuk Petronas terus menjadi syarikat bertaraf dunia.

Yang paling ironi, Petronas inilah antara jasa dan pencapaian seorang yang geng PH labelkan sebagai hasil kerja "perompak", "penyamun" dan kononnya "merosakkan negara".

Tetapi selepas Najib? Apa pula sumbangan Perdana Menteri selepas itu terhadap Petronas?

Ayah yang tubuh, anak yang bina berganda. 

Lepas mereka? Pandai jaga atau hanya tahu gadai dan tahu jarah sahaja?

BACA LAGI

MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan