Anwar nafi cuba dapat kekebalan undang-undang

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tindakannya merujuk lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan tidak berkaitan dengan usaha mendapatkan kekebalan atau lari daripada tindakan perundangan.

Menurut beliau, ia adalah berkaitan dengan integriti sistem Perlembagaan negara dan keperluan untuk memastikan pemegang jawatan Perdana Menteri dilindungi daripada litigasi yang dilakukan pada masa strategik, bermotifkan politik dan mencetuskan gangguan terhadap institusi.

"Saya tetap komited teerhadap kedaulatan undang-undang, kebebasan mahkamah kita dan maruah tadbir urus demokratik.

"Proses perundangan akan diteruskan dan saya akan terus menunaikan tanggungjawab saya tanpa gangguan atau kompromi.

Terdahulu, Anwar tidak mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk merujuk lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan isu kekebalan beliau daripada tindakan saman.

Hakim Roz Mawar Rozain menolak permohonan Perdana Menteri selepas berpuas hati semua lapan persoalan undang-undang itu tidak melepasi ambang untuk rujukan ke Mahkamah Persekutuan.

Anwar memohon merujuk lapan persoalan itu bagi menentukan sama ada beliau mempunyai kekebalan daripada saman yang difailkan oleh bekas penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther atas dakwaan serangan seksual.

Mahkamah turut memerintahkan kos RM20,000 diberikan kepada Muhammed Yusoff.

Dengan keputusan tersebut, Roz Mawar memerintahkan perbicaraan yang dijadualkan bulan ini selama tujuh hari iaitu pada 16 hingga 19 Jun dan 23 hingga 25 Jun, dimulakan pendengarannya.

Mahkamah menolak permohonan lisan Perdana Menteri untuk penangguhan perbicaraan kerana tiada keadaan istimewa yang mewajarkan ia dibenarkan.

BACA LAGI

MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan