DAPSY amal budaya politik murahan, tidak matang

 


Berikut adalah kenyataan media Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mahfuz Roslan hari ini:

Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadab Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong, yang memuat naik karikatur menggambarkan YB Razman Zakaria sebagai badut. 

Tindakan ini bukan sahaja tidak beretika, bahkan mencerminkan budaya politik murahan dan tidak matang dalam kalangan pemuda DAP.

DAP sering melaungkan prinsip kebebasan bersuara dan politik berasaskan hujah. 

Namun, apabila sindiran berbentuk penghinaan digunakan terhadap tokoh pembangkang yang sah, ia mendedahkan wajah sebenar politik kebencian yang cuba ditanam dalam kalangan masyarakat.

YB Razman Zakaria adalah seorang tokoh politik berprinsip yang telah menjelaskan dan memohon maaf secara terbuka terhadap sebarang kekeliruan kenyataan beliau sebelum ini. 

Maka tindakan memuat naik karikatur sedemikian selepas isu reda adalah bersifat provokatif dan hanya bertujuan membakar sentimen kebencian politik.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan menyeru semua pihak, termasuk pimpinan muda dari blok kerajaan, agar menunjukkan teladan yang baik dalam amalan politik. 

Politik matang memerlukan adab, fakta dan hujah, bukan cercaan atau karikatur yang menjatuhkan maruah.

Kami menyokong penuh tindakan undang-undang yang diambil oleh YB Razman dan menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini secara telus dan adil.

Kebebasan bersuara tidak bermakna bebas menghina.

BACA LAGI

MENARIK





Catat Ulasan

0 Ulasan