Puad balun PKR sebab sanggup terima 'katak'

 


Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mengecam PKR kerana menerima 'katak' melompat masuk parti itu namun pada masa yang sama, menyokong Akta Anti Lompat Parti.

"Runding senyap senyap ikut pintu belakang. Sudahlah itu curi daripada parti kawan. Senator pun MP juga," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau menambah, enam Ahli Parlimen Bersatu yang mengalih sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dianggap melompat parti. 

Mohd. Puad berkata, isu mereka hanya peruntukan pembangunan. 

"Kalau mahu tanding lagi kena jadi calon bebas. Bersatu memang parti lawan," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, melalui hantaran Facebook semalam, beliau berkata, tiada alasan meyakinkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kenapa beliau keluar UMNO. 

"Tidak mungkin setakat mahu menjadi ahli PKR sahaja?" soalnya.

Mohd. Puad berkata, nampaknya hujah bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli semasa kempen HIRUK jadi kenyataan. 

"PKR bukan lagi parti reformasi. PKR lubuk opportunis. Kenapa begitu? Kerana PKR lubuk emas dan opportunity.

"Kalau Anwar gagal kawal keadaan, PKR akan naik dua tingkat lagi. Dari reformasi kepada lubuk emas dan kini kepada parti maha kaya. 

"Sudah tersebar nama individu 'maha kaya' diperkatakan dalam 'market'," katanya.


BACA LAGI

MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan