Payung Besar Melayu jarum halus bunuh UMNO

 


Berikut adalah hantaran Facebook Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi pada 6 Jun lalu:

Tun M sekali lagi mahu menipu orang UMNO. Dia menubuhkan “Payung Besar Melayu”. Dia hanya jemput ahli UMNO tetapi tolak parti UMNO. Dia tahu Umno tidak akan masuk lubang biawak kali kedua.

Itu jarum halus untuk bunuh UMNO. Maksudnya, sokong kami, tidak perlu keluar UMNO tetapi jangan beri undi kepada UMNO. Tun M tahu dia tidak akan berjaya. Payung itu dokongan parti politik. Bila asasnya politik akan ada tikam belakang sesama sendiri.

Sebab itu berlaku “Sheraton Move”. Semasa PH 1.0 sudah ada Kongres Maruah Melayu (2019) yang ditaja oleh Tun M. Ada Piagam Muafakat Nasional (2019). Tetapi gagal kerana asasnya politik. Maka Payung Besar Melayu sama saja. Nafsu orang tua. Bernafsu tapi tidak mampu.

BACA LAGI

MENARIK




Catat Ulasan

0 Ulasan