Apakah berita gembira bakal diumum PMX esok?

 


Teka-teki berhubung berita gembira yang bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab.

"YAB Perdana Menteri akan membuat pengumuman berkenaan penghargaan buat semua rakyat Malaysia pada 10.30 pagi, Rabu 23 Julai 2025.

"Nantikan," kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam hantaran Facebook, hari ini.

Sementara itu, Anwar dalam hantaran Facebook berkata, esok beliau akan mengumumkan penghargaan yang dijanjikan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada rakyat yang sentiasa teguh bersama dalam setiap langkah reformasi.

"Moga pengumuman ini membawa manfaat buat rakyat terbanyak, dan menjadi cerminan usaha kita bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera," jelasnya.

Seluruh rakyat tertanya-tanya apakah khabar gembira yang bakal diumumkan Anwar.

Rata-rata mereka berharap pengumuman itu dapat meredakan kegelisahan mereka dalam situasi ekonomi yang agak menekan ketika ini.

Semoga harapan mereka itu menjadi kenyataan. REFORMASI!!!

BACA LAGI



Catat Ulasan

0 Ulasan