Boleh dengar cakap Tun Mahathir, percaya jangan - Puad

 


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mengingatkan rakyat supaya tidak mempercayai kata-kata yang keluar dari mulut bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Dengar boleh, percaya jangan,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Menurut beliau, dakwaan Dr. Mahathir dalam tulisan terbaharu kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dipilih rakyat adalah tidak berasas dan bersifat putar belit.

“Dia kalah. Tetapi kerana bergabung dengan parti lain yang juga kalah, dia cukup bilangan untuk menubuhkan kerajaan.

“Tidak mengapalah. Umur Mahathir sudah mencecah 100 tahun. Biarlah. Mungkin itu membantu dia membuat terapi untuk terus sihat walaupun dia ingat-ingat lupa,” katanya.

Mohd. Puad turut mempersoalkan kenyataan Mahathir yang mempertikaikan kesahihan pengampunan terhadap Anwar ketika beliau menjadi Perdana Menteri kali kedua.

“Apakah itu pengakuan, dia telah mempolitikkan Lembaga Pengampunan ketika itu?

“Tuntutlah penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kalau Tun M sendiri berani mengaku salah,” katanya.

Beliau juga membidas logik Dr. Mahathir yang menimbulkan keraguan terhadap mandat Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Kalau ikut logik Mahathir, dia bukan pilihan rakyat untuk jadi PM ke-7? Dia bertanding guna logo PKR. 

"Bersatu menang 13 kerusi sahaja berbanding PKR 47 dan UMNO 54 kerusi di PRU-14,” katanya.




Catat Ulasan

0 Ulasan