Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memaklumkan bahawa Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek telah dilantik semula sebagai Pengerusinya.
Menurut FELDA, Ahmad Shabery menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas kepercayaan yang diberikan untuk terus menerajui lembaga itu.
"Pengurusan dan seluruh warga Kumpulan FELDA menyambut baik pelantikan semula ini dan yakin bahawa pengalaman, wawasan serta komitmen tinggi Ahmad Shabery akan terus membawa Kumpulan FELDA melangkah lebih jauh seiring dengan hasrat Malaysia Madani," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Pada 30 Jun lalu, FELDA mengumumkan kontrak Ahmad Shabery sebagai Pengerusi tamat pada tarikh tersebut.
0 Ulasan