Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa semua penjawat awam untuk kekal fokus kepada amanah yang telah diberikan serta tidak terpengaruh dengan sebarang bentuk provokasi atau aktiviti yang boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam di mata rakyat.
Presidennya, Datuk Dr. Adnan Mat berkata, penjawat awam perlu terus memberi keutamaan kepada tanggungjawab utama mereka iaitu menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. tanpa dipengaruhi oleh sebarang agenda yang boleh menjejaskan integriti dan profesionalisme perkhidmatan awam.
“Tanpa dipengaruhi oleh sebarang agenda yang boleh menjejaskan integriti dan profesionalisme perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau menyeru agar semua penjawat awam mengekalkan prinsip berkecuali serta tidak melibatkan diri dalam sebarang perhimpunan atau tindakan yang boleh mencalarkan imej perkhidmatan awam.
“Penjawat awam adalah tunjang kepada kestabilan pentadbiran negara dan perlu sentiasa menunjukkan sikap profesional, berintegriti serta memelihara tatasusila dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya.
Adnan turut menegaskan bahawa penjawat awam sebagai jentera pelaksana dasar kerajaan perlu mendukung sepenuhnya prinsip-prinsip Rukun Negara.
“Terutamanya Kesetiaan kepada Raja dan Negara serta Keluhuran Perlembagaan yang menjadi asas kepada keharmonian dan perpaduan nasional.
“Sebarang tindakan yang menyimpang daripada prinsip ini bukan sahaja mencemarkan nama baik perkhidmatan awam malah boleh mengganggu kelangsungan sistem pentadbiran negara,” katanya.
0 Ulasan