Berikut adalah kenyataan media Pemuda UMNO hari ini:
1. Pengakuan oleh Peguam Negara berhubung kewujudan Titah Adendum selepas ditanya oleh Hakim Mahkamah Persekutuan adalah sesuatu yang amat mengejutkan, lebih-lebih lagi selepas pelbagai polemik dan penafian sebelum ini.
2. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyambut baik pengakuan ini dan berpendirian bahawa apabila kewujudannya telah diperakui, maka ia wajib segera dilaksanakan tanpa sebarang alasan atau dolak-dalik lagi.
3. Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, keengganan untuk melaksanakan titah tersebut adalah satu gambaran kepada penderhakaan serta penghinaan terhadap institusi Raja yang menjadi tonggak Perlembagaan negara.
4. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia juga menolak kenyataan Ahli Parlimen Kepong dari DAP, YB Lim Lip Eng, yang mempertikaikan cadangan agar Dato’ Seri Najib Razak dibenarkan menjalani hukuman penjara secara tahanan di rumah.
5. YB Lim perlu faham bahawa ini bukan sekadar cadangan UMNO, sebaliknya ia berpaksikan kepada Titah Adendum yang telah diperakui sendiri oleh pihak Peguam Negara di mahkamah. Ia dibuat mengikut saluran perundangan dan perlembagaan negara, bukan atas kehendak politik atau sewenang-wenangnya.
6. Dengan menyanggah titah ini, adakah YB Lim Lip Eng meletakkan dirinya lebih tinggi daripada institusi Raja dan Perlembagaan negara?
0 Ulasan