Kerana jasa Najib, Petronas jadi pelabur minyak & gas terbesar Kanada

 

Berikut adalah hantaran Facebook penganalisis politik, Datuk Eric See-To hari ini:

Najib adalah menteri yang bertanggungjawab ke atas Petronas masa itu. Kalau bukan dia yang luluskan pelaburan berbilion-bilion di Kanada, siapa lagi?

Ramai tak tahu, di sebalik kejayaan Petronas jadi pelabur minyak & gas terbesar di Kanada, Najib Razak telah memainkan peranan besar.

Kerajaan Kanada tolak Petronas pada awalnya dan peranan Najib menyelesaikannya tidak pernah dihebohkan oleh Najib atau sesiapa masa itu dan kita semua pun tak tahu sehingga Bloomberg News memperoleh dokumen-dokumen sulit ini dari kerajaan Kanada melalui undang-undang “freedom-of-information” Kanada.

Pada tahun 2012, Petronas buat tawaran membeli syarikat gas Kanada, Progress Energy Resources Corp., bernilai C$5.2 bilion (kira-kira RM16 bilion).

Pada mulanya, kerajaan Kanada tolak tawaran itu sebab tidak penuhi syarat "net benefit" di bawah undang-undang mereka.

Di sinilah peranan Najib bermula.

Najib sendiri menulis surat kepada Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper, merayu supaya keputusan itu disemak semula. Dalam surat yang distamp “SECRET” oleh kerajaan Kanada, Najib beri jaminan:

- Petronas akan buat pelaburan besar selama 30 tahun untuk bangunkan rizab gas di Kanada.

- Kerajaan Malaysia tidak akan campur tangan dalam operasi komersial Petronas di sana.

- Pelaburan Petronas akan wujudkan 3,000 peluang pekerjaan langsung dan tidak langsung untuk rakyat Kanada.

Najib juga hantar Idris Jala (Menteri di JPM waktu itu) ke Kanada untuk rundingan susulan dengan Menteri Kewangan dan Menteri Luar Kanada.

Petronas beri jaminan Progress Energy akan dikendalikan oleh pengurusan Kanada dengan autonomi tinggi.

Hasil diplomasi dan rundingan ini, pada 7 Disember 2012, kerajaan Kanada akhirnya luluskan pengambilalihan tersebut.

Hari ini, hasil pembelian inilah:

- Petronas miliki lebih 800,000 ekar kawasan pengeluaran gas di North Montney, British Columbia, dengan rizab melebihi 53 trilion kaki padu bernilai RM900 bilion.

- Petronas jadi pemegang saham kedua terbesar bagi projek mega LNG Canada bersama Shell, PetroChina, Mitsubishi dan Korea Gas, untuk proses dan eksport gas dari rizab Petronas dan rizab sekitar. Malaysia untung dua kali.

Hasil urusan ini, Malaysia - negara kecil - jadi pelabur asing dan pemilik rizab petroleum terbesar di Kanada.

Semua ini kerana keberanian dasar luar, strategi pelaburan negara, dan diplomasi ekonomi era Najib.

Dan mulai semalam, gas dari rizab Petronas disalurkan melalui paip ke loji LNG Canada, dibekukan dan dimuat ke kapal LNG Petronas untuk dieksport terus ke Asia Timur.

Dengan kejayaan ini, Petronas kini mampu eksport gas dari Kanada yang 100% milik mereka (nilai kasar sekitar RM900 bilion pada harga semasa), dengan rizab bersamaan lebih 60% daripada jumlah keseluruhan rizab gas Malaysia.

Inilah pencapaian bersejarah - bakal jana keuntungan ratusan bilion Ringgit untuk jangka masa panjang bagi Malaysia.

BACA LAGI 



Catat Ulasan

0 Ulasan