Sidang media Rafizi separuh masak

 


Berikut adalah hantaran Facebook Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi hari ini:

Jika matlamat sidang media Rafizi hanya untuk memalukan Anwar dia dianggap berjaya. Hatta, Rafizi dapat membuktikan dia masih ada 10 ahli Parlimen PKR yang berdiri teguh di belakangnya. 

Isu yang dibangkitkan oleh YB Rafizi amat penting. Tetapi separuh masak. Sepatutnya dia mendahulukan mana yang dahulu. Pada 11 Januari 2023, Kabinet setuju tubuh RCI siasat buku memoir Tommy Thomas bertajuk “My Story: Justice In the Wilderness”. Ada ditulis, Mahathir dan Tommy Thomas terbabit pelantikan Tengku Maimun sebagai Ketua Hakim Negara.

Rafizi anggota kabinet masa itu. Dia patut melihat isu JAC bermula sejak PH1.0 berkuasa. Pelantikan Tengku Maimun menjadi kontroversi kerana pendedahan oleh Tommy Thomas.

Sebab itu sidang media Rafizi tidak lengkap dan macam ‘show off’. Tetapi jika kempen kutip tandatangan dan roadshow pelantikan hakim berjaya, ia bawa masalah besar kepada PMX. Rafizi akan kata “kamu rugi buang aku”.

BACA LAGI 



Catat Ulasan

0 Ulasan