Berikut adalah terjemahan surat Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang disiarkan dalam laman Facebook penganalisis politik, Datuk Eric See-To hari ini:
---
THE WHITE HOUSE
WASHINGTON
7 Julai 2025
Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Perdana Menteri Malaysia
Kuala Lumpur
YAB Perdana Menteri,
Adalah satu penghormatan besar bagi saya menghantar surat ini kepada anda kerana ia mencerminkan kekuatan dan komitmen dalam hubungan perdagangan kita, serta hakikat bahawa Amerika Syarikat telah bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Malaysia walaupun kami mengalami defisit perdagangan yang besar dengan negara anda.
Walau bagaimanapun, kami telah memutuskan untuk bergerak ke hadapan bersama anda tetapi dengan syarat perdagangan yang lebih adil dan seimbang.
Oleh itu, kami menjemput anda untuk turut serta dalam ekonomi luar biasa Amerika Syarikat, yang merupakan pasaran nombor satu di dunia dengan margin yang besar.
Kami telah bertahun-tahun berbincang tentang hubungan perdagangan kita dengan Malaysia, dan mendapati bahawa kami perlu menjauhi defisit perdagangan jangka panjang yang berterusan ini akibat tarif, polisi bukan tarif, serta halangan perdagangan dari pihak Malaysia. Malangnya, hubungan kita selama ini jauh daripada bersifat timbal balik.
Bermula 1 Ogos 2025, kami akan mengenakan tarif sebanyak 25% ke atas semua produk Malaysia yang dieksport ke Amerika Syarikat, secara berasingan daripada sebarang tarif sektoral. Barang-barang yang dihantar secara pindah kapal untuk mengelakkan tarif yang lebih tinggi juga akan dikenakan tarif yang sama.
Harap maklum bahawa angka 25% ini sebenarnya jauh lebih rendah daripada jumlah sebenar yang diperlukan untuk menghapuskan jurang defisit perdagangan antara kedua-dua negara kita.
Seperti yang anda ketahui, tiada sebarang tarif akan dikenakan sekiranya Malaysia atau mana-mana syarikat dari Malaysia memutuskan untuk membina atau mengilang produk di dalam Amerika Syarikat, malah kami akan membantu sebaik mungkin bagi mendapatkan kelulusan dengan cepat, profesional, dan rutin – dengan kata lain, hanya dalam beberapa minggu sahaja.
Jika atas apa-apa sebab anda memutuskan untuk menaikkan tarif anda pula, maka kadar tersebut akan ditambah ke atas tarif 25% yang telah kami tetapkan.
Harap faham bahawa tarif-tarif ini adalah perlu untuk memperbetulkan polisi tarif dan bukan tarif dari pihak Malaysia, yang bertahun-tahun telah menyebabkan defisit perdagangan tidak mampan terhadap Amerika Syarikat. Defisit ini adalah ancaman besar kepada ekonomi dan juga keselamatan negara kami!
Kami mengalu-alukan kerjasama perdagangan dengan anda untuk tahun-tahun akan datang. Sekiranya anda bersedia membuka pasaran perdagangan anda yang selama ini tertutup kepada Amerika Syarikat, serta menghapuskan tarif dan dasar bukan tarif serta halangan perdagangan anda, mungkin kami akan mempertimbangkan pelarasan terhadap surat ini.
Tarif-tarif ini boleh diubah naik atau turun, bergantung kepada hubungan kita pada masa akan datang. Anda tidak akan kecewa dengan Amerika Syarikat.
Terima kasih atas perhatian anda terhadap perkara ini!
Dengan salam hormat,
Yang benar,
[Tandatangan]
DONALD J. TRUMP
PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT
----
Pemenang terbesar dari siri rundingan setakat ini ialah Vietnam manakala hanya Jepun dan Malaysia dinaikkan tarif - yang lain kekal atau diturunkan.
Bangladesh: April: 37%, Now: 35%
Bosnia and Herzegovina: April: 35%, Now: 30%
Cambodia: April: 49%, Now: 36%
Indonesia: April: 32%, Now: 32%
Japan: April: 24%, Now: 25%
Kazakhstan: April: 27%, Now: 25%
Laos: April: 48%, Now: 40%
Malaysia: April: 24%, Now: 25%
Myanmar: April: 44%, Now: 40%
Serbia: April: 37%, Now: 35%
South Africa: April: 30%, Now: 30%
Thailand: April: 36%, Now: 36%
Tunisia: April: 28%, Now: 25%
United Kingdom: 10%, Now: 10%
Vietnam: April: 46%, Now: 20%
South Korea: April: 25%, Now: 25%
0 Ulasan