Sorok titah adendum lebih biadab, Akmal tempelak Safwan

 


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mengingatkan Ketua PKR Cabang Gerik, Dr. Ahmad Safwan Mohamad bahawa perbuatan menyorokkan titah adendum adalah lebih biadab berbanding desakan ketua-ketua UMNO bahagian terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau kesal dengan perbuatan itu kerana kewujudan titah adendum telah disahkan oleh Peguam Negara.

Dr. Akmal turut menempelak perbuatan membohongi rakyat dengan pelbagai janji.

"Bukan setakat biadab, tetapi derhaka pula pada raja! Tolong bagi cermin kat dia ni," katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Semalam, Ahmad Safwan menyifatkan desakan terbuka oleh sekumpulan ketua bahagian UMNO agar Perdana Menteri segera melaksanakan titah adendum berkaitan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tindakan yang tidak beradab.

Menurut beliau, meletakkan tanggungjawab di bahu Perdana Menteri dalam keadaan proses kehakiman masih berjalan seolah-olah memperlekeh peranan beliau sebagai pemimpin yang menghormati sempadan kuasa yang ditetapkan Perlembagaan.

“Tindakan ini secara tidak langsung merupakan satu tindakan yang tidak beradab terhadap Perdana Menteri yang sentiasa menjunjung tinggi peranan institusi Raja-raja Melayu dan proses perundangan negara,” katanya.

BACA LAGI 



Catat Ulasan

0 Ulasan