Cukup-cukuplah jenis buat dulu baru minta maaf - Akmal

 


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang memasang Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah sekolah baru-baru ini.

Beliau menegaskan, perbuatan itu tidak boleh dianggap sebagai satu kesilapan remeh dan tidak wajar hanya diselesaikan dengan permohonan maaf semata-mata.

“Cukup-cukuplah jenis buat dulu baru minta maaf. 

"Dari dulu lagi kami tekankan bahawa satu hukuman berat perlu diberi kepada pelaku yang tidak menghormati bendera Malaysia,” katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Menurut Dr. Akmal, pihak terbabit tidak seharusnya memberi alasan kononnya tidak menyedari bendera tersebut dipasang secara terbalik.

“Mana mungkinlah bendera terbalik tidak tahu, ataupun buat-buat tidak tahu,” tegasnya.

Katanya, sikap sambil lewa terhadap kesalahan menghina bendera negara boleh memberi contoh yang buruk kepada generasi muda.

“Macam mana nak ajar murid perkara betul jika pasang bendera pun terbalik,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa bendera negara perlu sentiasa dihormati.

“Bendera negara perlu dihormati, bukan dihina!” katanya lagi.

BACA LAGI



Catat Ulasan

0 Ulasan