Fitnah! Fahmi nafi arahkan sekat kandungan berkaitan kes Zara Qairina

 

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan bahawa hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Datu Bentan Alamin adalah fitnah.

Beliau tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan mahupun arahan seperti yang didakwa.

Katanya, laporan polis telah dibuat terhadap pemilik akaun Facebook yang mencetuskan fitnah ini. 

"Laporan juga telah dibuat kepada SKMM.

"Saya menyeru agar semua pihak menghentikan penyebaran fitnah dan tidak menunggang sebarang isu demi kepentingan peribadi, termasuk menjadikan kes Zara Qairina sebagai bahan untuk dimanipulasi," katanya dalam hantaran Facebook semalam.

BACA LAGI



Catat Ulasan

0 Ulasan