"Lantaklah." Itu respon Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berhubung desakan DAPSY Melaka dan Selangor yang mahu hubungan dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh diputuskan.
Beliau menegaskan, Dr. Akmal tidak bersendirian.
"Kita yakin DAPSY juga tidak bersendirian. Ada orang di belakang mereka.
"Pihak sama yang mengarah DAPSY buat laporan polis terhadap Akmal," katanya dalam hantaran Facebook semalam.
Mohd. Puad berharap agar Dr. Akmal istiqamah dengan niat murni iaitu mendahulukan patriotisme melebihi perkara lain.
Beliau menyokong kata-kata Dr. Akmal iaitu mempertahankan maruah Jalur Gemilang bukan soal politik dan kaum.
"DAP yang menjadikan isu ini berubah kepada naratif kaum dan isu untung rugi.
"DAPSY bantah perniagaan klinik Pergigian di Pontian diarah tutup 30 hari kerana pasang bendera terbalik," jelasnya.
Mohd. Puad turut menyindir DAP yang masih tidak berani 'move on' dalam isu mendiang Teoh Beng Hock.
"Dalam kes Teo Beng Hock, DAP dua kali dalam kerajaan. Semasa PH 1.0 dan sekarang.
"Gali kubur pun sudah, inkues sudah, SPRM bayar pampasan juga sudah, tetapi DAP tidak berani “move on”, takut hilang sokongan Cina. Berhentilah mengugut," katanya.
0 Ulasan