"Pemimpin senior DAP pun bengap rupanya" Akmal balun Teng Chang Khim

 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mengecam kenyataan veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim yang seolah-olah menyamakannya dengan anjing liar.

Beliau turut menyamakan perangai Chang Khim seperti babi hutan.

"Inilah perangai pemimpin mereka. Bila kita pertahankan lambang bendera Malaysia dan tiada lagi isu yang mereka nak pertahankan, akhirnya mereka tuduh kita pula sebagai anjing liar.

"Bukan hanya yang muda sahaja yang bengap, tetapi pemimpin senior pun bengap rupanya. Sebiji perangai macam babi hutan.

"Lepas ni tuduh Dr. Akmal menghina babi hutan pula ya," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, Chang Khim dalam hantaran Facebook berkata: "Untuk perangai seperti anjing liar ini, jangan buang masa buat laporan polis. Buat aduan di unit tangkap anjing liar di majlis perbandaran sudah memadai."


Hantaran tersebut dipercayai ditujukan kepada Dr. Akmal ekoran kelantangannya mengecam pemimpin-pemimpin DAPSY yang menyerangnya dalam isu Jalur Gemilang terbalik di sebuah SJKC di Port Dickson baru-baru ini. 

BACA LAGI



Catat Ulasan

0 Ulasan