Siapa kamu nak arahkan PBT? Akmal balun DAPSY

 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menyifatkan DAPSY sebagai hipokrit apabila membantah tindakan Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) mengarahkan klinik pergigian yang memasang Jalur Gemilang terbalik ditutup selama 30 hari.

Menurut beliau, hukuman yang lebih berat sepatutnya dikenakan terhadap mereka yang tidak menghormati Jalur Gemilang.

"Tapi apakan daya, yang menegur cepat sahaja didakwa, tetapi yang kibarkan Jalur Gemilang secara terbalik masih lagi goyang kaki di rumah!

"Siapa kamu yang nak mengarahkan PBT? Kepada PBT, jangan takut dan dengar cakap mereka ni. Teruskan kami sokong!!" tegasnya dalam hantaran Facebook hari ini.

BACA LAGI



Catat Ulasan

0 Ulasan