Tengku Zafrul sah ahli PKR, Akmal kata "Kita jumpa di pilihan raya"

 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mendoakan semoga Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz diterima oleh akar umbi PKR. 

Tidak diketahui sama ada ucapan beliau itu ikhlas dari hati atau sekadar menyindir.

"Terima kasih PKR kerana memberi kami akar umbi UMNO erti sebenar Kerajaan Perpaduan ini.

"Amaran dah diberi, tetapi tetap juga dilakukan.

"Good luck Tengku Zafrul moga akar umbi PKR boleh menerima kamu, kita jumpa nanti di pilihan raya," katanya dalam hantaran Facebook hari ini. 

Semalam, Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri mengesahkan permohonan beliau untuk menyertai PKR telah diterima dua minggu lalu.

Beliau kini merupakan ahli PKR Cabang Ampang.

Pada 30 Mei lalu, Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO dan menyatakan niat untuk menyertai PKR.

Menerusi surat yang dihantar kepada pimpinan UMNO, beliau memaklumkan hasrat untuk meletak jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO. 

BACA LAGI 




Catat Ulasan

0 Ulasan