Pemuda UMNO menyerahkan laporan berhubung kenyataan tidak bertanggungjawab Ahli MKT UMNO, Datuk Lokman Noor Adam terhadap ketua sayap itu, Datuk Dr. Akmal Saleh kepada Lembaga Disiplin UMNO semalam.

"Dia minta kita bagi," kata Dr. Akmal ringkas dalam hantaran Facebook malam tadi.



Laporan itu diserahkan oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie.

Sollehin dalam hantaran Facebook semalam berkata, kenyataan Lokman yang berbaur fitnah bukan sahaja menjejaskan imej Ketua Pemuda, malah boleh menggugat keharmonian parti.

"Tindakan ini juga merupakan manifestasi daripada 160 laporan yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian di seluruh negara yang mahukan isu ini dirujuk dan diputuskan oleh Lembaga Disiplin parti.

"Keputusan membawa perkara ini adalah hasil Mesyuarat Khas Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dengan tekad agar disiplin dan maruah parti terus terpelihara," katanya.

Baru-baru ini, Lokman menabur fitnah jahat menuduh Dr. Akmal bersekongkol dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk menjatuhkan parti.

Lokman juga pernah membuat tuduhan tidak berasas kononnya Dr. Akmal ialah ejen PN.

BACA LAGI