Seorang rakyat Lubnan terkorban selepas dron rejim Zionis Israel menyerang pekan Yater di daerah Bint Jbeil, selatan Lubnan, semalam.
Memetik laporan The Palestinian Information Center, Kementerian Kesihatan Lubnan melalui Pusat Operasi Kecemasan dalam kenyataan mengesahkan bahawa tentera rejim Zionis Israel telah melancarkan serangan dron ke atas pekan Yater sehingga mengakibatkan seorang syahid.
Israel mula melancarkan pencerobohan ke atas Lubnan pada 8 Oktober 2023 sebelum bertukar menjadi perang berskala penuh pada 23 September 2024.
Konflik itu sehingga kini telah meragut lebih 4,000 nyawa dan mencederakan kira-kira 17,000 orang, selain memusnahkan infrastruktur serta menyebabkan perpindahan besar-besaran di selatan Lubnan.
Serangan rejim Zionis terus diperluaskan dan pihak berkuasa Lubnan memberi amaran mengenai peningkatan korban orang awam dan kesan kemanusiaan yang semakin parah.
0 Ulasan