![]() |
Gambar hiasan: The Palestinian Information Center |
Hamas menyatakan kesediaan untuk melaksanakan rundingan menyeluruh bagi Gaza dengan menukar semua tawanan Israel dengan tahanan Palestin mengikut bilangan yang dipersetujui.
Memetik laporan The Palestinian Information Center, Hamas dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya masih menunggu maklum balas daripada rejim Zionis Israel berhubung cadangan gencatan senjata yang dikemukakan pihak pengantara pada 8 Ogos lalu dan telah dipersetujui oleh semua faksi Palestin di Gaza.
Hamas menegaskan sebarang perjanjian perlu menamatkan perang Israel di Gaza, disusuli pengunduran sepenuhnya tentera rejim Zionis Israel, pembukaan pintu sempadan serta melaksanakan usaha pembinaan semula.
Gerakan pembebasan Palestin itu turut mengulangi persetujuan bagi penubuhan pentadbiran kebangsaan bebas yang terdiri daripada teknokrat untuk mengurus tadbir Gaza dalam masa terdekat.
0 Ulasan