Pinjaman terbaharu oleh Kerajaan Madani sebanyak RM5 bilion menjadikan jumlah pinjaman bersih setakat tahun ini mencecah RM92.28 bilion.
Penganalisis politik, Datuk Eric See-To berkata, jumlah itu melebihi sasaran rasmi RM80 bilion untuk keseluruhan tahun 2025, iaitu terlebih RM12.28 bilion.
"Malah, angka tersebut juga lebih tinggi daripada kenaikan hutang kerajaan sebanyak RM76.8 bilion pada tahun 2024.
"Akibat pinjaman berterusan, hutang langsung kerajaan kini meningkat kepada RM1,327.2 bilion setakat ini, bersamaan peningkatan RM256 bilion sejak pentadbiran Madani mengambil alih kuasa pada akhir November 2022," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Beliau berkata, keadaan itu menimbulkan persoalan memandangkan kerajaan pernah mengkritik pentadbiran terdahulu walaupun jumlah hutang lebih rendah.
“Zaman Najib, hutang kerajaan RM687 bilion pada nisbah 50 peratus KDNK dikatakan negara menuju bankrap.
"Tetapi hari ini, dengan hutang mencecah RM1,330 bilion pada nisbah 66.5 peratus KDNK, tiba-tiba pula digelar ‘Madani mantap’?” katanya.
0 Ulasan