Sudikah PAS sokong Muhyiddin jadi PM semula?

 

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan sama ada PAS akan bersetuju dengan usul Bersatu agar Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Menurut beliau, Parti Urimai pimpinan P. Ramasamy telah bersetuju.

Mohd. Puad juga yakin Hindraf, Gerakan dan MIPP akan bersetuju.

"Bolehkah dia pecah rekod Tun M yang dua kali jadi Perdana Menteri. 

"Isyarat dari dalam yang tidak yakin cukup kuat iaitu jeritan 'Turun Tan Sri dan tanda tangan 120 ketua bahagian'. 

"Beban Jana Wibawa juga satu halangan. Umum poster boy bukan lagi taktikal yang relevan," katanya dalam hantaran Facebook semalam.

BACA LAGI



Catat Ulasan

0 Ulasan