Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mengingatkan bahawa persaingan politik di Sabah tidak sepatutnya berasaskan maki hamun dan fitnah.
Menurut beliau, persalingan politik mesti berasaskan idea membangunkan Sabah dalam semangat Perjanjian Malaysia 1963.
"Kemerdekaan mengajar kita bahawa kekuatan bangsa datang daripada kebersamaan, bukan perpecahan.
"Sabah akan berdepan pilihan raya negeri tahun ini. Perbezaan parti adalah hak rakyat, tetapi jangan sampai menjejaskan perpaduan dan adab berpolitik," katanya dalam hantaran Facebook kelmarin.
Salleh menambah, kemerdekaan tidak bermakna jika politik hanya menanam sengketa.
Beliau berkata, kemerdekaan mesti diisi dengan kestabilan, keadilan, dan peluang untuk semua rakyat Sabah.
"Perpaduan adalah kunci. Hanya dengan kestabilan dan kerjasama, Sabah akan benar-benar maju dalam Malaysia yang kuat.
"Sabah lebih besar daripada sengketa, dan Malaysia lebih bermakna dengan perpaduan," jelasnya.
0 Ulasan