Puad beri 3 sebab Muhyiddin mesti letak jawatan Presiden Bersatu


 Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, terdapat tiga sebab mengapa Tan Sri Muhyiddin Yassin mesti meletak jawatan sebagai Presiden Bersatu,

Pertama, menurut beliau, seramai 120 ketua bahagian menandatangani aku bersumpah meminta Muhyiddin melakukan peralihan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

"Kedua, PAS tidak sokong Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri ke-11. Mereka pilih Hamzah. 

"Sebab itu PAS pilih Hamzah sebagai Ketua Pembangkang," katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Ketiga, tambah Mohd. Puad, Muhyiddin ada beban dan kebiasannya pemimpin yang berdepan kes mahkamah mengambil cuti. 

"Tetapi Muhyiddin berdegil. Ia akan jadi duri dalam daging," jelasnya.

Beliau percaya desakan ahli-ahli PAS supaya parti itu memimpin Perikatan Nasional (PN) akan menyebabkan Muhyiddin semakin tertekan. 

"Dia tertekan luar dan dalam. Muhyiddin kena akur kerana nyawa PN banyak bergantung kepada PAS," katanya.

BACA LAGI 



Catat Ulasan

0 Ulasan