Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mencabar Bersatu mendedahkan jumlah sebenar dana kempen pilihan raya yang disalurkan kepada PAS.
Menurut beliau, tindakan itu dapat membuktikan kisah 'tin milo' yang dibawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor adalah tidak benar.
"Sanusi tidak perlu pusing isu. Dia ingat apa yang dia buat, orang lain akan buat.
"Contohnya kalau dia ada dua isteri, tidak semestinya semua orang beristeri dua," katanya dalam hantaran Facebook semalam.
Mohd. Puad berkata, Sanusi tidak boleh terima bahawa Bersatu menaja dana pilihan raya PAS sehingga berjuta ringgit.
"Sanusi kata 'Puad nak dipilih jadi calon dalam BN pun kena berabih duit'.
"Nak beritahu Sanusi, macam mana saya berhabis duit untuk jadi calon, walhal dua kali saya tidak dicalonkan," jelasnya.
0 Ulasan