Solat hajat doa keselamatan Sumud Flotilla - Menteri Agama

 

Semua masjid utama dan surau di Wilayah Persekutuan akan melaksanakan solat hajat selepas solat Jumaat esok bagi mendoakan keselamatan pasukan sukarelawan dalam Misi Global Flotilla.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, arahan itu dikeluarkan susulan perkembangan terkini yang membimbangkan apabila kapal-kapal misi dilaporkan berdepan letupan, kehadiran dron tidak dikenali dan gangguan komunikasi ketika menghampiri zon kritikal.

Beliau menjelaskan, solat hajat itu akan diselaras oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebagai tanda solidariti dan memohon pertolongan Allah SWT agar keselamatan sukarelawan serta kelancaran misi sentiasa dipelihara.

“Marilah kita bersama-sama menadahkan tangan ke hadrat Allah SWT agar misi kemanusiaan ini dipermudahkan, para sukarelawan diberikan perlindungan dan kekuatan, serta doa kita menjadi sumber kekuatan kepada rakyat Palestin yang terus berjuang mempertahankan tanah air mereka,” katanya.

Menurut beliau, Malaysia sentiasa berusaha menjadi sebahagian daripada usaha kemanusiaan sejagat dan berharap doa rakyat akan menjadi asbab kejayaan misi tersebut.

BACA LAGI



Catat Ulasan

0 Ulasan