Setelah teruk dikecam berbakul-bakul, UMANY akhirnya membuat pusingan U dalam tuntutannya memansuhkan program matrikulasi.
Persatuan pelajar yang cauvinistik itu menjelaskan mereka sebenarnya bermaksud 'menggabungkan' sistem matrikulasi dan STPM.
Buat lawak antarabangsa agaknya budak-budak UMANY ni. Mereka semuanya pasti bijak sebab dapat masuk UM yang merupakan universiti terbaik di Malaysia.
Tetapi takkanlah budak-budak UMANY yang bijak tak dapat membezakan antara perkataan 'mansuh' dan 'gabung'.
Apakah UMANY terpaksi putar belit 180 darjah selepas Presidennya, Tang Yi Ze terkantoi dia juga sebenarnya lepasan matrikulasi.
Kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi tak payahlah layan sangat tuntutan setengah masak budak-budak UMANY yang masih hingusan tetapi perasan bagus.
Ramai lagi anak-anak muda yang masuk universiti dengan niat untuk belajar sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah.
Lagipun dari dulu lagi budak-budak UMANY suka mencetuskan kontroversi demi meraih publisiti murahan.
DAP pun nampaknya malas nak layan kerenah UMANY yang kebudak-budakan dan sangat tidak matang.
Setakat pandai atas kertas sahaja walhal hakikatnya budak-budak UMANY tidaklah begitu cerdik sangat.
Jangan beri muka kepada puak cauvinis seperti UMANY kerana mereka bersikap 'sudah diberi betis hendak peha'.
Tidak mustahil jika satu hari nanti, UMANY mendesak sistem kuota dilaksanakan semula.
Almaklumlah, sistem meritokrasi nampaknya tidak memihak kepada geng mereka.
Sikit punya kecoh, hujung-hujung terbongkar ramai lagi yang lebih hebat dan lebih layak daripada puak yang pentingkan diri sendiri ini.
Kalau ilmu di dada hanya sekerat tiang, usahlah terlalu perasan diri anda itu bagus dan tahu segala-galanya. Lemah!
0 Ulasan