Akmal bersyukur Rafizi kata SARA & STR kesinambungan BR1M

 


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh bersyukur kerana dakwaan pembangkang semasa zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah rasuah kini terbukti hanya tohmahan semata-mata. 

"Alhamdulilah akhirnya segala tohmahan dulu yang mengatakan BR1M itu rasuah ternyata adalah satu usaha yang sangat baik untuk rakyat yang diteruskan oleh kerajaan pada hari ini.

"Terima kasih Najib Razak dan terima kasih PMX," katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Baru-baru ini, bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, inisiatif bantuan Kerajaan Madani ketika ini masih menyerupai BR1M yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Najib.

Katanya, setiap kerajaan pasti akan mempertahankan program kebajikan untuk rakyat, namun apa yang penting ialah kemampuan kerajaan menambah baik pelaksanaannya.

"Ini tak boleh jadi modal politik dah, ia sama – setiap kerajaan akan mempertahankannya (program kebajikan). Isunya ialah kerajaan mana yang berjaya menambah baik (inisiatif bantuan tersebut),” katanya dalam program audio siar Yang Berhenti Menteri kelmarin.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan