Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menyifatkan veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim sebagai antara spesies bebal yang masih lagi tidak tahu atau buat-buat tidak faham undang-undang dan sensitiviti rakyat Malaysia.
"Kamu nak buat parti mabuk sampai berbuih mulut ke itu kamu punya pasal,kami langsung tidak halang, tapi jangan guna agensi kerajaan!
"Bila orang tegur, marah. Tapi diri sendiri yang bebal!!" katanya dalam hantaran Facebook semalam.
Kelmarin, Chang Khim secara sinis mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu hidangan arak dalam majlis rasmi kerajaan.
“Bisa (boleh) berlaku di Malaysia sahaja, yang minum tak mabuk, yang tak minum mabuk,” katanya dalam hantaran Facebook.
Hantaran itu dipercayai merujuk kepada penjelasan Ahmad Zahid mengenai majlis rasmi kerajaan yang didakwa menghidangkan minuman beralkohol yang mencetuskan pelbagai reaksi termasuk daripada pembangkang dan masyarakat sivil.
Ahmad Zahid kelmarin berkata, UMNO menolak sekeras-kerasnya tindakan menghidangkan minuman beralkohol pada majlis makan malam anjuran Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) yang dianggap tidak wajar serta bercanggah dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam.
0 Ulasan