Perikatan Nasional (PN) sudah bersedia sepenuhnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, embubaran DUN Sabah hari ini telah lama dinanti-nanti oleh rakyat Sabah kerana ia akan membuka ruang kepada rakyat untuk menentukan semula hala tuju negeri yang baharu.
"PN yakin rakyat Sabah sudah cukup matang dan bersedia untuk melakukan perubahan demi masa depan yang lebih baik dengan memilih kerajaan negeri baharu.
"Inilah masanya untuk rakyat Sabah bangkit bersama PN demi membina sebuah negeri yang stabil, cekap lagi bermaruah," katanya dalam kenyataan media semalam.
0 Ulasan