Majlis Ulama UMNO mendesak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya memberi penjelasan segera berhubung penularan video memaparkan penyediaan minuman arak dalam satu majlis rasmi kerajaan yang dikaitkan dengan kementerian berkenaan.
Tegasnya, tindakan menyediakan minuman arak dalam majlis rasmi kerajaan adalah satu perkara yang tidak boleh dikompromi kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta mencemarkan imej Malaysia sebagai negara Islam.
“Majlis Ulama UMNO tidak berkompromi dengan tindakan penyediaan minuman arak dalam majlis rasmi kerajaan disebabkan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Bahkan ia memberi imej buruk kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan dasar-dasar Islam dalam pentadbiran negara,” katanya dalam kenyataan media kelmarin.

0 Ulasan