PAS sokong resolusi Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar anjuran UMNO

 

PAS menyokong penuh resolusi dan usul yang dibentangkan dalam Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar anjuran UMNO pada 3 Oktober lalu yang bertujuan melindungi hak serta kepentingan pemilik tanpa sebarang kompromi.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, penganjuran konvensyen itu amat bertepatan dengan situasi semasa berikutan kebimbangan dan bantahan rakyat terhadap cadangan kerajaan memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang didapati gagal menjawab pelbagai isu penting yang telah disuarakan sebelum ini.

“PAS percaya konvensyen ini tepat masa susulan kebimbangan dan bantahan meluas rakyat berikutan cadangan kerajaan untuk memperkenalkan RUU Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang didapati gagal menjawab isu-isu penting yang disuarakan oleh banyak pihak sebelum ini,” katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.

Menurut beliau, konvensyen yang menetapkan tiga resolusi, 14 penegasan dan dua usul termasuk cadangan penubuhan sebuah agensi khusus bagi mengawal selia rancangan pembaharuan semula bandar, diyakini mampu melancarkan proses pembangunan serta menyuraikan pertikaian.

“Langkah ini diyakini boleh meminimumkan konflik yang mungkin berlaku, selain menjamin kepentingan dan hak pemilik sentiasa terpelihara,” katanya.

BACA LAGI 



Catat Ulasan

0 Ulasan