Puad minta PMX buat taklimat khas isu perjanjian perdagangan Malaysia-AS

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran mengadakan taklimat khas di Parlimen bagi menjelaskan isu perjanjian perdagangan Malaysia–Amerika Syarikat (AS) yang didakwa melibatkan komitmen kewangan besar kepada negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kerajaan wajar memberi penjelasan segera bagi mengelakkan kekeliruan dan spekulasi awam.

“Benarkah Malaysia perlu bayar RM1 trilion kepada AS? Perdana Menteri perlu buat taklimat khas seperti yang dilakukan ketika menjelaskan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung bayaran 40 peratus hasil cukai kepada Sabah.

“Sekurang-kurangnya, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz perlu memberi jawapan segera,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Menurut beliau, isu perdagangan membabitkan AS adalah hal strategik yang menyentuh kepentingan ekonomi negara dan wajar diperjelaskan secara terbuka di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim sebelum ini mendakwa Malaysia perlu membayar sebanyak RM1 trilion kepada AS bagi pembelian barangan negara itu susulan perjanjian yang ditandatangani semasa kehadiran bekas Presiden Donald Trump ke Malaysia.

BACA LAGI  




Catat Ulasan

0 Ulasan