Wartakan Kg Sg Baru tanah penempatan Melayu - Puad

 

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyokong saranan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang agar Kampung Sungai Baru diwartakan segera sebagai tanah penempatan pertanian Melayu (MAS). 

Beliau percaya langkah itu akan menamatkan kontroversi berlanjutan yang menimpa kampung tersebut.

"Jadikan ia tanah untuk penempatan orang Melayu. Tidak ada yang mustahil. Kerajaan boleh melakukan kemahuan politik. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. 

"Jangan biarkan Melayu meratap di kemudian hari kerana kegagalan kita guna  kuasa di tangan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna," katanya dalam hantaran Facebook kelmarin.

BACA LAGI




Catat Ulasan

0 Ulasan