Annuar patut terkejut PN sudah meninggal di Sabah - Puad

 

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Pengarah Pilihan Raya PAS Sabah, Tan Sri Annuar Musa sepatutnya lebih terkejut apabila Perikatan Nasional (PN) sendiri sudah ‘meninggal’ di negeri itu.

Menurut beliau, ia adalah susulan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dahulu keluar UMNO untuk menyertai Bersatu, namun kemudian meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Semasa berkempen untuk PAS di Karambunai, Annuar berkata, dia terdiam selepas diberitahu makin ramai orang Sabah tinggalkan Barisan Nasional (BN).

"Sepatutnya dia terkejut kerana PN sudah meninggal di Sabah. Apabila ADUN-ADUN UMNO meninggalkan BN dan menyertai Bersatu/PN, UMNO tidak meninggal pun. Tetapi apabila ADUN-ADUN asal UMNO itu lari dari Bersatu dan tubuh GRS, tidakkah PN yang meninggal?

"Annuar mendakwa BN tidak buat apa apa untuk isu tiga serangkai di Karambunai khususnya isu elektrik. Apa pula ADUN lantikan dari PAS buat di Karambunai?

"Annuar pernah jadi Menteri Luar Bandar 1993-1999. Apa dia buat untuk Karambunai?

"Annuar kata, dia baru faham apabila seorang anak muda Sabah berkata: ‘Tiada sebab mau pilih BN sekarang. BN tidak seperti dulu bah,’ katanya. Sebenarnya Annuar yang ‘Sekali air bah, dia juga ikut berubah’. Dari dulu, kini dan selamanya. Tiada pendirian,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Mohd. Puad berkata, Annuar tidak wajar menuding jari kepada BN mengenai isu elektrik dan masalah setempat di Karambunai kerana PAS sendiri mempunyai wakil lantikan yang tidak menunjukkan sebarang pencapaian di kawasan tersebut.

Beliau berkata, sikap Annuar yang berubah-ubah dan pendiriannya yang tidak konsisten menggambarkan kegagalan beliau membaca realiti politik Sabah serta sejarah peranan parti-parti yang pernah disertainya.

BACA LAGI 






Catat Ulasan

0 Ulasan