Nama calon Pakatan Harapan (PH), Abd. Halim Sidek Gulam Hassan kekal pada kertas undi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam walaupun beliau telah menarik diri.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pihaknya mengambil maklum tentang penarikan diri Abd. Halim Sidek.
Namun, menurut beliau, merujuk kepada Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, tiada seorang calon pun boleh menarik pencalonannya selepas pukul 10.00 pagi pada hari penamaan.
"Oleh demikian, calon PH bagi DUN Silam kekal di dalam kertas undi bahagian pilihan raya berkenaan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

0 Ulasan