Menurut beliau, kenyataan bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa perpecahan Bersatu bukan perpecahan Melayu adalah benar kerana kewujudan parti itu sebenarnya menjadi penyumbang kepada perpecahan dalam kalangan orang Melayu.
“Tun Mahathir adalah betul apabila dia kata perpecahan Bersatu bukan perpecahan Melayu.
"Bahkan penubuhan Bersatu itu penyumbang kepada perpecahan Melayu,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Mohd. Puad berkata, sejak mentadbir kerajaan, Bersatu tidak pernah berada dalam keadaan aman dan sentiasa berdepan perebutan kuasa sesama sendiri, termasuk tindakan parti itu menyingkirkan pengasasnya sendiri.
“Sejak berkuasa, Bersatu tidak pernah aman. Semuanya gila kuasa. Tun Mahathir sendiri disingkir daripada Bersatu,” ujarnya.
Beliau menegaskan, Bersatu juga bertanggungjawab menubuhkan Perikatan Nasional (PN) yang akhirnya menyebabkan keruntuhan Muafakat Nasional, gabungan yang sebelum itu memperjuangkan penyatuan politik Melayu.
“Maka diharap perpecahan dalaman Bersatu itu berakhir dengan parti itu dibubarkan dan mereka menyertai semula UMNO,” katanya.
Mohd. Puad turut mencadangkan agar Bersatu meneladani langkah Semangat 46 yang pernah dibubarkan sebelum ahli-ahlinya kembali menyertai UMNO.
“Ambil contoh pembubaran Semangat 46. Mereka menyertai semula UMNO. Bersatu didokong oleh katak. Diharap PRN Sabah membuka jalan parti itu akan berakhir,” katanya.
BACA LAGI
0 Ulasan