Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menyekolahkan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Howard Lee berhubung isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
"Yang jahil ni adalah orang yang duduk dalam Malaysia, mengaku rakyat Malaysia tetapi tidak mahu atau buat-buat tidak faham dasar pendidikan Malaysia.
"Mohon ambil cermin dan cakap perkara ni depan muka kamu Howard Lee 李存孝," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Terdahulu, Howard menuduh Akmal sebagai jahil kerana membantah tindakan DAP mendesak kerajaan mengiktiraf CEC.

0 Ulasan