Bila Muhyiddin nak letak jawatan? - Puad

 

Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sifat ego Tan Sri Muhyiddin Yassin menghalang Presiden Bersatu itu melihat pintu keluar dari kemelut yang dihadapi partinya.

Menurut beliau, seramai 20 ketua bahagian Bersatu di Sabah mendesak Muhyiddin meletak jawatan dua hari selepas parti itu kalah semua kerusi yang ditandingi dalam PRN Sabah.

Mohd. Puad bertanya bila agaknya Muhyiddin akan letak jawatan.

"Apatah lagi Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa Muhyiddin adalah punca perpecahan. Dia sudah luput tempoh (expired). 

"Auranya sudah hilang. Tetapi egonya menghalang dia nampak pintu keluar," katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Sebagai perbandingan, beliau menambah, tiada desakan dari dalam PKR agar Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan walaupun parti itu hanya menang satu kerusi.

"DAP menang 0 kerusi, juga tidak ada desakan agar Anthony Loke letak jawatan. 

"Sudah tentu UMNO yang menang 5 kerusi maka tidak ada desakan supaya Zahid letak jawatan," jelasnya.







Catat Ulasan

0 Ulasan