Ahli MKT UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mendakwa, dilaporkan hanya 15 peratus daripada 25,338 kertas undi bagi pemilihan pimpinan Majlis Peguam penggal 2026-2027 dikembalikan.
Menurut beliau, jumlah itu paling rendah dalam tempoh lima tahun.
"Kenapa itu berlaku? Jawapannya mudah. Majoriti peguam sudah tidak berminat dengan Majlis Peguam.
"Majlis Peguam terlalu partisan, memihak dan lebih politik daripada parti politik." katanya dalam hantaran Facebook semalam.
Mohd. Puad menambah, Majlis Peguam juga terlalu selektif dalam isu yang mereka perjuangkan.
Beliau mendakwa, mereka menutup mata jika perbicaraan tidak adil berlaku kepada individu yang mereka tidak suka.
"Kita hairan kenapa Majlis Peguam membisu bila Latheefa Koya (orang politik) dilantik Boss SPRM.
"Begitu juga bila Tan Sri Tommy Thomas dilantik kerana pengaruh politik," jelasnya.

0 Ulasan