Diskaun tol 50% sempena Krismas

 

Kerajaan MADANI mengumumkan diskaun tol 50 peratus untuk kenderaan persendirian kelas 1 sempena sambutan Hari Krismas 2025.

Kementerian Kerja Raya berkata, langkah itu adalah anda keprihatinan dan semangat perpaduan semua rakyat Malaysia.

Tambahnya, diskaun bermula pada pukul 12.01 tengah malam 23 Disember 2025 (Selasa) hingga pukul 11.59 malam 24 Disember 2025 (Rabu).

"Manfaatkan kemudahan ini untuk pulang ke kampung halaman, sambut Krismas bersama insan tersayang.  

"Selamat jalan, pandu cermat, dan raikan Krismas dengan penuh kegembiraan!" katanya dalam hantaran Facebook semalam.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan