Isu tanah FELDA di Terengganu bukan gelanggang politik - UMNO


 UMNO Bahagian Hulu Terengganu menegaskan isu FELDA tidak wajar dipolitikkan sebagai pertentangan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri

Katanya, FELDA adalah institusi nasional milik rakyat, dan fokus sebenar mesti kepada kesinambungan operasi serta kestabilan ekonomi peneroka.

UMNO Bahagian Hulu Terengganu turut menyambut baik kenyataan FELDA, FGV dan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu mengenai perkembangan rundingan isu tanah FELDA, termasuk lanjutan tempoh remedi sehingga 7 Januari 2026 dan kelonggaran operasi ladang FGV.

Menurutnya, keutamaan mereka adalah kebajikan peneroka dan kestabilan FELDA.

“Bagi UMNO, isu ini bukan gelanggang politik. Ia melibatkan masa depan peneroka, pekerja ladang dan ekonomi setempat. 

"Apa jua keputusan mesti memastikan pendapatan, pekerjaan dan kelangsungan hidup mereka terpelihara,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

UMNO Bahagian Hulu Terengganu turut menyokong rundingan profesional dan menolak dakwaan Exco Kerajaan Negeri Terengganu bahawa parti itu menambah polemik dalam isu berkenaan.

“UMNO tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang mengganggu rundingan. Kami kekal berhemah dan menghormati proses perbincangan yang belum dimuktamadkan. 

"Menuding jari tanpa bukti tidak membantu rakyat. UMNO bahagian menyokong pandangan Datuk Rozi Mamat bahawa fokus utama adalah ketenangan dan kebajikan peneroka,” katanya.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan