Datuk Jafry Ariffin dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia Jumaat lalu.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pelantikan yang selaras dengan Fasal 12.5 Perlembagaan UMNO itu dipersetujui oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Turut dilantik adalah Datuk Mohd. Hasnol Ayub sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Sabah dan Samasuddin Yusop sebagai Setiausaha.
"Pelantikan ini bertujuan memastikan kesinambungan pentadbiran, memperkukuh penyelarasan parti serta mengkoordinasikan gerak kerja UMNO di Sabah secara lebih tersusun dan berkesan.
"UMNO menyeru seluruh kepimpinan dan ahli parti untuk memberikan sokongan penuh kepada barisan kepimpinan baharu ini demi memastikan UMNO dapat terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan mendukung kerajaan negeri Sabah," katanya dalam kenyataan media hari ini.

0 Ulasan