Politeknik Merlimau mengesahkan seorang pelajarnya meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi tadi di rumah sewanya di Taman Merlimau Emas.
Katanya, Allahyarham Mohamad Zul Hakimi Abdul Rahman merupakan pelajar semester 3 Diploma Kejuruteraan Elektrik.
Politeknik Merlimau berkata, ketika kejadian, Allahyarham telah selesai menduduki peperiksaan pada sebelah pagi dan pulang ke kediaman rumah sewanya sebelum ditemukan rebah oleh rakan serumah di hadapan bilik air selepas makan tengah hari.
"Hasil bedah siasat dari Unit Forensik Hospital Jasin mendapati kematian berpunca daripada komplikasi tekanan darah tinggi yang serius.
"Jenazah telah dibawa pulang oleh keluarga ke Kulai, Johor untuk disemadikan pada malam ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Politeknik Merlimau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.

0 Ulasan