Penutupan Asrama Yayasan Terengganu Kemaman bebankan keluarga B40 - Khairuddin

 

Tindakan kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS menutup Asrama Yayasan Terengganu Kemaman pada saat akhir akan membebankan ibu bapa B40.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, ibu bapa terbabit akan berdepan kesukaran mencari asrama bagi anak-anak mereka menjelang sebulan sesi persekolahan 2026.

"Apakah penutupan ini ada kaitan dengan usaha kerajaan negeri PAS memenuhi manifesto pilihanraya pada 2018 melibatkan pendidikan yang belum tertunai sepenuhnya lagi selepas tujuh tahun menjadi kerajaan? 

"Sama-sama kita nantikan penjelasan kerajaan negeri," katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Beliau percaya rakyat Terengganu terkejut dengan tindakan menutup asrama yang telah beroperasi selama hampir 40 tahun itu.

Katanya, asrama itu menempatkan pelajar-pelajar cemerlang yang terpilih dalam kalangan B40 daripada pendalaman untuk bersekolah di sekitar bandar Chukai bagi memastikan mereka mendapat peluang pendidikan terbaik ke arah kecemerlangan. 

BACA LAGI 






Catat Ulasan

0 Ulasan