Perlukah lantik ejen kutipan bagi JPJ? - Akmal

 

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh meminta Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan mengapa perlu dilantik ejen kutipan bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau membangkitkan persoala siapa yang menguruskan pembayaran melalui aplikasi MyJPJ selama ini.

"Jika JPJ sendiri yang uruskan apakah keperluan untuk melantik ejen kutipan ya? 

"Ke memang semua zaman ini nak kena lantik ejen? Tahniahlah ye," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Semalam, Ramssol Group Bhd. mengumumkan, melalui anak syarikat milik penuhnya, Rider Gate Sdn Bhd dilantik secara rasmi oleh Kementerian Pengangkutan sebagai ejen kutipan yang diberi kuasa oleh JPJ.

Syarikat itu berkata, melalui portal aplikasi Rider Gate, rakyat Malaysia kini boleh mengakses platform perkhidmatan yang digital sepenuhnya, mudah dan selamat untuk transaksi penting JPJ termasuk pembaharuan lesen kenderaan bermotor, pembayaran saman trafik dan pindah hak milik kenderaan dengan caj nominal bagi setiap transaksi.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan