PH beri keutamaan reformasi institusi susulan keputusan PRN Sabah

 


Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH)  memutuskan supaya beberapa perkara berhubung reformasi institusi perlu diberi keutamaan dan diusahakan dengan lebih tegas dalam masa terdekat.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Presiden PH hari ini setelah mendalami dan meneliti keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Beliau menambah, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli-ahli Majlis Presiden telah membincangkan isu-isu berkait tadbir urus kerajaan, perkembangan ekonomi rakyat dan ikhtiar pelaksanaan manifesto serta reformasi institusi sepanjang tiga tahun mentadbir negara.

"Mesyuarat turut memutuskan bahawa Konvensyen PH akan diadakan pada suku pertama 2026, bagi menetapkan fokus keutamaan usaha reformasi serta hala tuju negara bagi dua tahun ke hadapan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

BACA LAGI






Catat Ulasan

0 Ulasan